I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 18, 2011

wakakakaka.......gelak lah weyyy....


Nak Tegur Ke Tak Eh?



Korang pernah tak berdepan dengan orang macam dekat atas ni? Tengah duduk lepak-lepak, baru perasan ada benda yang tak kena kat dia. Taik hidung melekat hujung-hujung bulu hidung je. Tu kalau bersin, sure melompat kat muka korang lah.

Tak taik hidung pun, mungkin ada benda tersekat kat celah gigi dia. Paling selalu kulit cili. Kadang-kadang ada jugak sayur daun kaler hijau. Paling rare pernah aku jumpa pun kepala ikan kembung terselit celah gigi.

Kalau rapat, memang aku tegur dah. Siap bahan-bahan lagi. Dia pun tersipu malu. Tapi kalau tak berapa rapat tu, aku nak tegur pun aku yang malu. Sebab takut dia ingat aku nak malukan dia. Huhu. Camne? Kalau korang?

Diorang ni pun satu, pandai-pandai lah jaga kebersihan diri. Tak ke pepasal dah buat orang lain dalam dilemma. Cara paling mudah nak atasi benda ni ialah, kumur-kumur mulut. Air kumuhan tu buang melalui hidung. Setel! 2 dalam 1.

P/S: Ini adalah repost kepada
kak limah Aku repost sebab ramai blur.

Monday, June 13, 2011

Perempuan cun lelaki tak hensem

benda ni dah lama orang cakap. tapi dua tiga hari ni duk fikir pasal ni je. sebabnye klik sana klik sini mesti nampak kes ni. siapa dan di mana biarlah rahsia. hehe... terasa jugak keji dan dasar tak sedar diri. alah tapi biasalah tuh... tipu lah kalau tak terdetik dalam hati kita ni untuk mengeluarkan statement seperti di atas kan. ngaku je leee.... lagi best kalau tengok dengan kawan2. huhu... sesi mengutuktak puas hati le jadi nye.

perempuan cun lelaki tak hensem
ni macam kes paling banyak kot. yang membuatkan lelaki2 perasan hensem di luar sana rasa tak puas hati gile. kan? panasss je! "nape la awek ni pilih mamat tuh. patutnye pilih la orang macam aku". perempuan pulak akan cakap "ruginya. dia ni dah la lawa gile (perempuan akan cakap perempuan lain lawa, lelaki ade ke cakap lelaki lain hensem? hemmm???), nape couple dengan mamat tak hensem tuh." tapi dalam hati bersyukur sebab possibility nisbah lelaki2 hensem yang single masih tinggi. huhu...

perempuan tak cun lelaki hensem
ni pulak macam tak banyak kes sebab lelaki memang suka pandang perempuan lawa je! nak2 pulak kalau terasa diri tu hensem! lelaki2 lain memang tak kisah pon kan kalau nampak kes macam ni? tapi kaum perempuan sah2 mengamuk! (ok exaggerate) "nape mamat ni pilih perempuan tuh? tak lawa langsung!". si awek tu pulak memang kalau dating mesti kembang gile hidung (tak caya cuba check), jalan pon serapat yang boleh nak bagi orang tau tu balak dia. (takut orang x percaya)

perempuan cun lelaki hensem
couple macam ni memang menjadi pujaan ramai. mane2 pergi pon mesti dapat pujian. "lawanye perempuan tu, boyfriend dia pon hensem, sangat sepadan!" terselit jugak unsur2 jeles tapi tang mane nak kutuk pon tak de modal. huhu... tapi ni biasanya kaum perempuan la cakap. lelaki punye pandangan ape yek? buat tak kisah kot. maybe ada gak yang terdetik "sama cantik sama pandan". ye ke?

perempuan tak cun lelaki tak hensem
T_T yang ni macam paling menyedihkan je. tak de orang peduli ke kat couple ni? tak pe la. at least diorang dapat privacy. atau mungkin ada suara2 sinis "memang padan pon!" eee... jahat nye. (not me. betul!) tak pe la. yang penting diorang bahagia. dunia hanya milik berdua. huhu...


Kesimpulannya... mulut orang mana boleh tutup. tak payah la cakap "jangan mengata orang, tak baik". sebab nanti termakan diri pulak. tapi sekurangnya2 lepas mengata tu sedarlah diri. no one is perfect! pasal couple2 ni pulak. cinta tu buta... true love bukan pada paras rupa. paras rupa tu semua kan tak kekal. bile hati dah suka... gak ada apa2 yang bisa menghalang! (tiba2 cakap indon) -__-

Thursday, June 9, 2011

cinta...love...

-jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya,
-jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka,,
-perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya,,


suatu hari seseorang yang sedang putus cinta menangis di Taman.Datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya,,"kenape kamu menangis?"

orang itu menjawab,"aku sangat sedih,kenapa dia meninggalkanku"

lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata,"kamu bodaoh sekali",

lalu orang itu menjawab,"kenape berkata begitu?aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan
tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku,tapi jangan lah tertawakan aku,,"

bodoh,kamu tak perlu sedih kerana yang seharusnya sedih adalah dia,"kata ahli falsafah itu",

kenapa dia yang bersedaih,bukankah dia yang meninggalkanku,??

kata orang itu,kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu,tetapi dia kehilangan 
orang yang sangat mencintainya,,"jawab ahli falsafah itu.

jangan tertarik pada seseorang kerana parasnya,sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
jangan pula tertarik pada kekayaannya,kerana kekayaan dapat musnah,tertarik lah kepada 
seseoranhg yang dapat membuatmu tersenyum.hanya senyuman yang dapat membuat hari2 yang 
gelap menjadi cerah.

Wednesday, June 8, 2011




‎'...Alihkan mtamu ke laut, airnya cntik mmbiru dan penuh dgn ketenngn, ttpi hnya Allah shj thu rhsia didlmnya, begitulah dgn kehdupn manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rhsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pndnglah sungai.. airnya ttp menglir biarpun berjuta batu menghlng, jika kau merasa sedih pndnglah ke langit, kau akan sdr bhw Allah sentiasa bersamamu...'

Saturday, June 4, 2011

“Kerana Aku Mencintaimu”


Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah


Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.

Maka biarlah……

Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.


Sebab…

Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku… Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan krn aku ingin menyakitimu,\
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan keran ku membencimu….
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….


Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~

Friday, June 3, 2011

mEmiLiki dAn mEnciNtai

Di suatu saat
Aku telah memiliki
Yang kutakutkan setelah memiliki adalah mencintai
Setelah mencintai aku takut akan kehilangan

Sungguh berat bila kehilangan
Sesuatu yang ku miliki                                                                   
Apa lagi yang sudah kucintai

Sebaiknya
Aku tak pernah mencintai
apa pun
Sebab aku takut kehilangan apa pun
yang aku cintai

Sejujurnya
Aku tak ingin memiliki apa pun
Agar aku tidak dirundung luka
Saat aku kehilangan


Tapi
bukankah semua yang hidup takkan kekal?
bukankah semua yang aku miliki akan hilang?
Lalu kenapa aku begitu mencintai
seolah yang kumiliki itu tak akan pernah hilang

Ternyata
Aku telah salah mentafsirkan cinta

Ya Allah,
Maafkan
aku.
.
                                                
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Cinta memberi sepercik cahaya di tengah kekelaman. Memberi keteguhan dan ketenangan bagi jiwa yang gelisah, juga memberikan erti dalam setiap langkah. Cinta memberi keyakinan bahawa kita ada untuk tidak sia-sia.
Hidup tanpa cinta ibarat makan tanpa garam, hambar. Ibarat bumi kehilangan matahari. Cinta bukan mengajar kita untuk lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta tidak mengajarkan kita menghinakan diri tetapi menghembuskan nafas kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. 



Cinta bagaikan sumber air yang tidak akan habis untuk ditimba rahsianya oleh sesiapa saja bila-bila jua. Pencipta lagu dan penulis lirik tak akan kehabisan idea dan kata untuk merungkai isinya. Dunia cinta telah menjadi ladang subur yang menjanjikan banyak keuntungan. Cerita, film dan lagu cinta bak magnet menyedut perhatian setiap pembaca, pendengar dan penonton.
Ada apa dengan cinta? Begitu kuatnya cinta menguasai jiwa manusia. Masuk meresap ke dalam semua sendi-sendi kehidupan kita. Cinta banyak membuat orang berbahagia dan ada juga yang menderita kerananya. Banyak orang yang merasa tidak berguna ketika cintanya bertepuk sebelah tangan. Bahkan ada yang sanggup atau sengaja mengakhiri hidupnya hanya kerana putus cinta (naudzubillahi mindzalik).

Tuesday, May 31, 2011

kEpEritAn ciNtA

Alkisah di suatu pulau kecil, ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup saling melengkapi. Suatu ketika, datang badai menghempas pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat meninggalkan pulau itu untuk menyelamatkan diri.
CINTA tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia mencuba mencari pertolongan. Tidak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
“KEKAYAAN, tolong aku!” Teriak CINTA.
“Maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN. “Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu, nanti perahu ini tenggelam.” Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.
“KEGEMBIRAAN! Tolong aku!” Teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lalu pula KECANTIKAN.
“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” Teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN?
“Wah, CINTA! Kamu basah dan kotor. Nanti kamu mengotori perahuku ini.” Sahut KECANTIKAN.
CINTA mulai menangis teresak-esak. Mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu, lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,
“Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,” kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN?
“Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin bersendirian saja….”
CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu ia berdoa kepada Tuhan, “Oh Tuhan… Tolonglah aku, apa jadinya dunia ini tanpa aku, tanpa CINTA?” Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perhunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya. CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
“Oh, dia adalah WAKTU,” kata orang itu. Lalu CINTA bertanya lagi.
“Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku.” Tanya CINTA hairan.
“Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu….”

ciNta ibArAt mEnuNgGu bAs

Kata kawanku, cinta ibarat menunggu bas. Bila sebuah bas datang, kita akan kata, “Eee…penuhnya bas tu. Takde tempat duduk.” Lalu kita pun cakap, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Lalu kita biarkan bas tu berlalu. Kemudian, datang pula bas yang kedua dan kita cakap, “Erm…buruk sangat bas ni. Mesti tak selesa dan mungkin akan rosak tengah jalan nanti.” Jadi kita pun biarkan bas tu berlalu dan menunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa lama, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang tu kosong, tak penuh, dan tak seburuk bas yang sebelumnya tapi kali ni kita kata, “Ermm… takde aircond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.” Dan kita biarkan juga bas tu berlalu untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca mendung dan kita perasan yang kita dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak begitu sempurna. Dan kemudian kita pun sedar yang kita dah naik bas yang salah.
 Kita selalu menunggu bas yang elok untuk membawa kita sampai ke destinasi yang kita inginkan. Sehinggakan bila ada bas lain yang lalu, kita abaikan dan terus menunggu bas yang terbaik untuk dinaiki. Tapi, rupa-rupanya menunggu bas yang elok tu ambil masa yang lama. Sedar-sedar kita dah membazirkan terlalu banyak masa sedangkan bas tu sebenarnya tak seperti yang kita harapkan dan ada bas lain lagi yang lebih baik daripada tu. Dan pada masa tu, bila kita sedar…kita dah kehilangan sesuatu yang berharga yang mungkin kita takkan dapat untuk selama-lamanya. Kemudian, kita pun menyesal. Bila dia melihat wajahku yang masih blur, dia tersenyum lantas menyambung ceritanya, “Jangan takut untuk bercinta. Beranikan diri. Apa salahnya beri satu peluang kepada orang lain. Kalau awak dapati bas tu tak sesuai dengan awak, tekan loceng dan turun dari bas tu.” Kata-katanya masih segar dalam ingatanku sehingga kini.