Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Cinta memberi sepercik cahaya di tengah kekelaman. Memberi keteguhan dan ketenangan bagi jiwa yang gelisah, juga memberikan erti dalam setiap langkah. Cinta memberi keyakinan bahawa kita ada untuk tidak sia-sia.
Hidup tanpa cinta ibarat makan tanpa garam, hambar. Ibarat bumi kehilangan matahari. Cinta bukan mengajar kita untuk lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta tidak mengajarkan kita menghinakan diri tetapi menghembuskan nafas kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
Cinta bagaikan sumber air yang tidak akan habis untuk ditimba rahsianya oleh sesiapa saja bila-bila jua. Pencipta lagu dan penulis lirik tak akan kehabisan idea dan kata untuk merungkai isinya. Dunia cinta telah menjadi ladang subur yang menjanjikan banyak keuntungan. Cerita, film dan lagu cinta bak magnet menyedut perhatian setiap pembaca, pendengar dan penonton.
No comments:
Post a Comment